Tuesday, September 4, 2007

File Transfer Protocol (FTP)

Salah satu kebaikan dan kelebihan TCP/IP adalah keupayaannya menyokong pertukaran data antara host yang berbeza OS. Apa yang penting adalah penggunaan protokol yang sama. Bahagian ini akan menyentuh berkenaan kemudahan pemindahan fail dan aksess di bawah TCP/IP.

File Transfer Protocol (FTP)
FTP digunakan dengan meluas dalam komunikasi rangkaian untuk pemindahan fail. Keupayaannya yang meliputi hampir semua jenis OS dalam komunikasi menyebabkan utiliti ini amat penting. Kebanyakkan server mempunyai kemudahan ini. Bagi webmaster yang mempunyai tapak web di pelayan percuma seperti Tripod, Xoom, Geocities, Free Server, Bizland dan sebagainya, pengetahuan tentang ftp ini adalah mustahak terutama sekali bagi mengemaskini laman mereka.

Ftp adalah lebih cepat dan mudah berbanding penggunaan web base file manager. Ini kerana command ftp dibuat dalam DOS atau menggunakan program sepert WS-FTP, Cute FTP yang kurang atau tiada grafik. Ini bermakna anda menggunakan sepenuhnya keupayaan talian untuk pemindahan fail tanpa perlu melayari web dengan grafik-grafik yang tidak perlu.

Kepada mereka yang mahir dalam DOS, anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli program ftp seperti yang disebutkan tadi kerana command ftp telah tersedia dalam DOS anda. Untuk tujuan ini, penulis akan memberikan contoh-contoh serta command yang boleh digunakan di bawah DOS untuk memindah/menyalin fail dari ftp server.

c:\> ftp (untuk membuka session ftp di bawah DOS)
ftp> open xoom.com (membuat sambungan ke ftp server Xoom)
Jika sambungan telah dilakukan, server di xoom akan meminta username dan password anda. Sila ikuti arahan yang diberikan oleh server berkenaan.
ftp> ls atau dir (ls di bawah UNIX adalah sama dengan dir iaitu untuk menyenaraikan fail dalam directory di ftp server)
ftp> pwd (print working directory iaitu untuk mendapatkan nama directory semasa)
ftp> mkdir atau md (mkdir di bawah UNIX adalah sama dengan md iaitu untuk membuat directory baru di ftp server)
ftp> cd name (untuk membuka atau menukar working directory ke directory name)
ftp> lcd name (untuk menukar local working directory ke directory name)
ftp> rmdir atau rd (rmdir di bawah UNIX adalah sama dengan rd atau remove directory)
ftp> type ( untuk memaparkan mode semasa)
ftp> ascii (untuk menukar mode kepada ascii khususnya bagi pemindahan data berbentuk text seperti fail html)
ftp> binary (untuk menukar mode kepada binary khusus bagi pemindahan data berbentuk grafik atau program)
ftp> put filename (untuk memindah satu filename dari komputer ke server)
ftp> mput *.* (untuk memindah banyak fail serentak. Tanda *.* atau wilcard menunjukkan kesemua fail dalam directory komputer berkenaan untuk dipindahkan. Anda digalakkan untuk menggunakan wild card *.html untuk memindahkan kesemua fail html dahulu dan kemudian menukar ke mode binary sebelum memindahkan fail grafik menggunakan wildcard *.gif atau *.jpeg)
ftp> get filename (untuk menyalin satu filename dari server ke komputer)
ftp> mget *.* (untuk menyalin banyak atau kesemua fail serentak dari server ke komputer anda)
ftp> delete filename (untuk membuang satu filename di server)
ftp> mdelete *.* (untuk membuang banyak fail di server serentak menggunakan wildcard)

Nota - sekiranya anda menggunakan command multiple seperti mput, mget atau mdelete, applikasi ftp di bawah DOS akan membuat arahan anda satu persatu dan meminta kepastian anda bagi setiap fail yang diarahkan. Ini bermakna anda boleh memilih untuk meneruskan arahan ataupun skip ke fail berikutnya. Ia juga akan menukar mode ascii ke binary atau sebalinya secara automatik mengikut jenis fail yang hendak dipindah atau disalin.

ftp> rename filename newfilename (untuk menukar nama filename ke nama baru newfilename)
ftp> close (untuk memutus sambungan dengan ftp server tetapi session ftp DOS anda masih terbuka. Anda boleh menyambung balik dengan command open)
ftp> bye atau quit (untuk memutuskan sambungan ke ftp server dan menutup session ftp DOS atau client)
ftp> help atau help commandname (untuk memaparkan senarai command yang boleh digunakan dalam ftp. Help commandname ialah untuk mendapatkan keterangan tentang sesuatu command)

Command atau arahan-arahan ftp diatas adalah asas sahaja. Terdapat banyak lagi arahan ftp yang ada untuk digunakan. Bagaimanapun arahan yang disenaraikan di atas adalah memadai untuk anda mencuba.

Telnet
Telnet adalah sejenis sistem protocol yang menyediakan perkhidmatan berasaskan terminal. Ia membenarkan arahan daripada papan kekunci (keyboard) seseorang menyeberangi rangkaian ke komputer yang disambungkan untuk dilancarkan (execute). Kesannya pengguna telnet boleh menjalankan arahan di komputer yang disambungkan itu sebagaimana ia sendiri berada di depan komputer berkenaan.

Memandangkan keupayaan telnet ini yang membenarkan arahan kepada komputer di buat secara jarak jauh (remote), ia boleh mendatangkan risiko dari aspek keselamatan. Telnet ini biasa digunakan dalam remote control dan hacking terutama untuk memantau kandungan hard disk dan merosakkan komputer mangsa melalui arahan-arahan yang merbahaya. Di sini disenaraikan asas commnad telnet untuk rujukan.

C:\> telnet hostname port number (memulakan sambungan telnet ke hostname melalui port tertentu. Umumnya 23)
Bagi yang mempunyai GUI base telnet program dalam sistem mereka, window telnet akan keluar.

open - untuk memulakan sambungan telnet
display - untuk memaparkan konfigurasi sambungan seperti port number dan terminal emulation.
mode - untuk menukar mode dari ascii ke binary dan sebaliknya.
send - untuk menghantar turutan protocol telnet kepada remote computer seperti abort, break atau end of file sequence.
set - untuk menetapkan connection setting
unset - untuk mengubah connection setting
environ - untuk menetapkan environment variables untuk menyediakan informasi machine atau user.
logout - untuk memutuskan sambungan dan menutup sessi telnet
quit - untuk keluar dari applikasi telnet
? - untuk mendapatkan maklumat bantuan telnet.

Selain daripada ftp dan telnet, terdapat lagi beberapa utiliti untuk file access/transfer seperti trivial file transfer protocol (TFTP), remote copy (RCP), Berkeley Remote Utility (di bawah BSD Unix) dan sebagainnya. Kemudahan-kemudahan ini agak kurang digunakan dan terhad kepada pengguna-pengguna tertentu sahaja. Bagaimanapun sekiranya ada permintaan atau ada pengguna hardcore kemudahan ini ingin berkongsi pengetahuan mereka, saya akan siarkan kemudian.

No comments: