Tuesday, September 4, 2007

Firewall

Nama "firewall" berasal dari firewall yang digunakan oleh pasukan bomba untuk menghalang api dari merebak. Firewall adalah peralatan keselamatan yang berada antara Internet dan komputer anda. Ia boleh jadi dalam bentuk software untuk melindungi sebuah pc saja atau dalam bentuk hardware untuk melindungi seluruh rangkaian LAN.

Firewall berfungsi dengan menilai setiap paket data di antara komputer anda dan Internet dan membuat keputusan berdasarkan arahan yang telah diberikan samada untuk halang, biar atau lepas (permit, block, ignore). Sesetengah firewall juga menyimpan log untuk admin melihat apa yang telah berlaku.


• Jenis-jenis firewall

Jenis firewall yang utama ialah
a) Personal firewall (software untuk komputer peribadi)
b) Software untuk server
c) Hardware firewall
Setiap jenis mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Personal firewall harganya murah (atau percuma) tetapi hanya sesuai untuk melindungi sebuah komputer saja. Hardware firewall pula lebih sesuai untuk rangkaian komputer yang besar (multi-user network). Harganya lebih mahal dan memerlukan tenaga terlatih untuk mengendalikannya.

Artikel di atas berdasarkan terjemahan bebas dari http://www.sdesign.com/securitytest/firewalls.html


•Mengapa perlu Firewall ?

Untuk menapis 'orang luar' yang cuba masuk ke dalam pc anda dan menapis "orang dalam" yang cuba membuat hubungan ke Internet. Orang luar ni boleh saja port scanner, trojan, cracker, hacker, atau mungkin juga Code Red. Orang dalam pula mungkin trojan server yang berada dalam pc anda, spyware, atau software bukan-bukan yang cuba pergi ke Internet. Misalnya dengan menggunakan firewall anda mendapati word.exe cuba membuat hubungan ke Internet. Sudah tentulah anda block kerana apa kena mengena word dengan Internet.
Perlukah pasang firewall ?
Mula-mula anda pergi ke : http://www.hackerwatch.org/probe/
Lepas tu ke : http://www.pcflank.com/test.htm
Dan akhir sekali ke : http://grc.com/default.htm (cari ShieldsUP!)

Tapak tersebut akan membuat scaning dan men'telnet' pc anda. Jika pc anda tiada perlindungan firewall ia akan memberi tahu anda bahawa pc anda terdedah kepada bahaya

♣fixcrakerz♣

No comments: