Tuesday, September 4, 2007

Proxying

Proxy ialah sejenis servis yang dijalankan oleh server untuk menjadi perantara antara pengguna komputer biasa (client) dengan tapak web atau lain-lain protokol internet. Terdapat dua bentuk proxy server biasa di internet iaitu Cache Proxy dan Anonymous Proxy.

Cache proxy bertujuan untuk meningkatkan kelajuan capaian browser berdasarkan konsep perkongsian cache. Contohnya komputer A telah melawat tapak web Z beberapa minit yang lalu melalui sebuah cache server. Kini komputer B pula membuat permintaan (request) untuk ke tapak Z melalui cache server yang sama. Apa yang berlaku ialah cache server berkenaan akan menggunakan cache daripada lawatan komputer A tadi untuk digunakan oleh komputer B dari simpanannya tanpa perlu menghubungi tapak web Z lagi. Dengan ini masa capaian akan dapat disingkatkan dan pelayaran akan menjadi lebih cepat dan cekap.

Anonymous proxy pula adalah sejenis perkhidmatan perantaraan yang dijalankan oleh sesebuah server antara pengguna dan tapak web yang mereka hubungi. Tidak seperti cache server, anonymous proxy server tidak akan memberikan identiti pengguna kepada tapak web yang mereka hubungi. Sebaliknya hanya data proxy server berkenaan yang disampaikan ke tapak web. Dengan itu identity pelayar berkenaan tidak dapat dikesan.

Sila gunakan links ini untuk mendapatkan senarai proxy yang aktif di internet untuk kegunaan pelayaran anda.

http://come.to/proxys

No comments: