Tuesday, September 4, 2007

Viruses

Viruses

Virus komputer adalah alat pemusnah yang paling bahaya dan efektif. Ia adalah sejenis program yang berupaya melekat pada fail-fail di komputer mangsa (infection). Kod-kod virus yang diprogramkan akan menukar fail asal mangsa kepada pembawa yang kemudiannya akan menjangkiti fail lain (replication).

Proses replication berlaku dengan cepat seperti merebaknya sel kanser pada manusia. Ia hanya dapat dikesan setelah terjadinya implikasi terhadap sistem di mana ketika itu hampir terlambat untuk mengawalnya lagi.

Umumnya virus terdapat dalam 3 bentuk utama:


♠ >Dalam program yang telah dipadatkan (compile) seperti fail exe dan com. Sekiranya virus telah menjangkiti fail-fail berkenaan, dan dihidupkan oleh mangsa tanpa sedar, virus berkenaan akan menjadi aktif dan menyerang keseluruhan sistem.


♠ >Virus kedua yang popular ialah virus makro. Virus ini dibina dengan menggunakan kemudahan makro programming dalam sesetengah program misalnya microsoft word dan excell. Sekiranya sesebuah fail itu dijangkiti virus ini dan dibuka oleh mangsa, ia berkemungkinan akan menyerang keseluruhan fail yang dibina dengan program yang sama. Fail-fail lain umumnya tidak di serang.


♠ >Virus ketiga dan paling berbahaya ialah virus yang menyerang driver atau sistem sendiri. (MBR, stealth dan polymorphic viruses) Serangan virus ini biasanya berlaku ketika sesebuah komputer itu hendak dihidupkan atau ketika berada dalam keadaan upper memory. Virus ini menyerang CMOS atau lain-lain driver dan mengubah konfigurasinya menyebabkan sistem komputer tidak dapat berfungsi seperti asal.



Virus-virus ini sebenarnya mudah direka dan terdapat kit untuk kerja pengeluaran virus ini seperti Virus Creation Libraries, Virus Factory, Virus Creation 2000, Virus Construction Set dan berbagai lagi.

Bagi menghalang serangan virus, pengguna perlu mengimbas sistem mereka setiap kali menghidupkan komputer atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Utiliti virus yang biasa digunaka ialah VirusScan, Thunderbyte, Norton, ViruSafe, PC-Cillin, FindVirus, Sweep, Norman, F-Prot, Integrity Master dan lain-lain lagi.

No comments: