Tuesday, September 4, 2007

Email Bomb

Email Bomb

Email Bomb:

Email bomb adalah sejenis program yang diaturcara untuk menghantar mesej secara bersiri kepada mail box seseorang. Tujuannya adalah untuk memenuhi kuota mail box mangsa dengan mesej mereka sehingga boleh menyebabkan akaun email mangsa terganggu atau kemungkinan digantung oleh penyedia perkhidmatan.

Antara pakej email bomb popular ialah Up Yours, Kaboom, UnaBomber, Gatemail dan UNIX Mailbomber. Selain itu alternatif kepada email bomb ialah list linking. Ia dibuat dengan menggunakan email mangsa untuk dilanggan kepada mana-mana penyedia internet news letter, egroups dan sebagainya yang mempunyai kesan yang sama dan berpanjangan (sehingga di unsubscribe oleh mangsa sendiri).

Untuk menghalang email bomb ini, penggunaan program mail filter seperti Stalker, Musashi, Email Chomper, SPAM Attack, Spam Buster, Spam Killer dan sebagainya boleh digunakan. Alternatif kedua dan paling berkesan ialah dengan menghubungi postmaster pemula email berkenaan untuk memaklumkan mereka tentang salah guna yang telah dilakukan.

›fixcrakerz‹

No comments: