Wednesday, November 7, 2007

Bahayanya Spyware (Part I)

Apa itu spyware? Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui internet connection tanpa pengetahuan mangsa (pemilik pc tersebut), selalunya bagi tujuan pengiklanan. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muat turun (download) melalui internet. Tetapi bukan semua perisian Freeware atau Shareware mengandungi spyware (sebahagian kecil saja). Apabila spyware wujud di dalam pc, spyware ini akan memantau setiap aktiviti melalui internet dan akan menghantar maklumat yang diperolehinya(di belakang tabir) tanpa pengetahuan mangsa (victim) kepada seorang(pembuat spyware) tersebut. Spyware boleh mencari maklumat mengenai e-mail, password & no. kad kredit.

Spyware menyerupai Trojan Horse. Seseorang individu tidak akan mengetahui wujudnya spyware di dalam pc selepas install sesuatu perisian. Biasanya perisian-perisian yang dibeli (bukan original) & download melalui internet adalah berpotensi mengandungi spyware di dalamnya. Pengguna internet yang kerap menggunakan perisian peer-to-peer adalah berpotensi untuk menjadi mangsa spyware.

Spyware juga dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash&nuke) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh perisian anti-virus biasa.

Antara tanda pc mengandungi spyware ialah, apabila kita membuka web browser (biasanya Internet Explorer), kita akan dibawa ke web iklan. Ataupun terdapat tanda-tanda di mana pc kita tidak lagi berfungsi seperti sediakala (selalunya berkaitan dengan kelajuan pc, di mana pc menjadi semakin lembab).

No comments: