Friday, September 21, 2007

Membuat perubahan php.ini pada web hosting

Sering kali kita mendengar masalah untuk membuat perubahan configuration php pada web hosting. Lebih-lebih lagi selepas joomla bermula dengan version 1.0.11 dan ke atas telah menukarkan rg_emulator dan register_global dari On ke Off .

Untuk menukarkan rg_emulator adalah tidak bermasalah kerana anda dapat membuat perubahan sendiri pada fail global.php.Begitu juga untuk menukarkan configuration.php(php.ini) jika anda menggunakan localhost web server. Bagaimana pula jika anda menggunakan web hosting sebagai server, dan ingin menukarkan register_global, magic_quotes_gpc, error_notice dan lain-lain lagi dari On(1) ke Off(0) atau sebaliknya?

Disini saya akan terangkan satu kaedah yang mudah dan cepat untuk membuat perubahan pada configuration php pada web hosting anda tanpa menganggu server. Sebagai contoh, hosting saya telah menetapkan register_global On dan magic_quotes_gpc sebagai Off.



Dan saya ingin menukarkan Local Value tersebut ke :

register_global - Off
magic_quote_gpc - On


Apa yang perlu dibuat adalah, cipta satu file bernama .htaccess pada root folder. Root folder adalah main folder untuk web anda. Sebagai contoh anda membuat installasi web anda pada folder /home/user/public_html/ , public_html merupakan root folder bagi web anda. Pada fail .htaccess tadi, masukkan source code ini :


php_value magic_quotes_gpc 1
php_value session.use_trans_sid 0
php_value register_globals 0


0 mewakili Off, dan 1 mewakili On.


Dan tengok output yang dipaparkan pada phpinfo. Local value adalah configuration pada web saya dan Master Value pula adalah configuration pada web hosting. Selain dari php value diatas, anda boleh menambah php value yang lain, mengikut keperluan anda.

♥ Selamat Menc0ba ♥

No comments: