Tuesday, September 4, 2007

Definition of Proxy

Apa Dia Proxy
i. Internet Protocol

Bila kita memasuki internet, kita akan diberi satu nombor Internet Protocol (IP), biasanya secara automatik. Kita boleh mengenali ISP (Internet Service Provider) seseorang itu melalui nombor IP. Contohnya, IP yang bermula dengan 202.188.xxx.xxx menggunakan ISP TMnet, dan IP 161.142.xxx.xxx menggunakan ISP Jaring. Ada beberapa cara untuk mengetahui IP seseorang. Satu cara apabila seseorang 'post message' di Message Board. Ada message board yg terus paparkan no. IP orang yang 'post message'. Ada message board lain yang tidak tunjukkan no.IP tetapi no.IP boleh diketahui dengan 'right click' pada message, dan pilih 'View Source'. Cara satu lagi ialah apabila berhubung melalui ICQ. Bila kita click 'Info', kita boleh lihat no. IP orang yg berbicara dengan kita. Cara ketiga ialah pergi 'Start', 'Program', 'Dos Prompt'. Bila keluar C:\Windows,taip 'netstat'. Kita akan lihat no. IP orang yang berhubung dengan kita melalui ICQ beserta dengan nombor port. Eg. 202.188.63.130:3128 (3128 ialah nombor port). Kalau orang niat jahat tahu IP dan no. Port, dia boleh baca apa yang ada di komputer kita.

ii.Proxy

Makna yang simple, Proxy ialah orang yang kita gunakan untuk menutup identiti kita yang sebenarnya. Dari segi pengkomputeran, proxy ialah nombor server ISP lain yang kita gunakan sebagai identiti samaran kita. Kalau kita gunakan TMnet, 202.188.xxx.xxx, kita boleh setkan browser kita dengan no. server ISP yang lain, contohnya 210.130.251.142:8080 (proxy2.aimnet.ne.jp:8080). So, bila orang check no.IP kita, mereka ingat kita orang Jepun.


Kenapa Guna Proxy

Untuk lindungi diri kita supaya IP kita tidak diketahui org lain ialah menggunakan proxy. Kita set kan no. ISP orang lain ke dalam browser kita. So, bila orang lain tengok IP kita melalui kaedah yg dinyatakan di atas, dia hanya mengetahui ISP orang lain yang kita dah setkan. Biasanya, kita ambil ISP server negara yang jauh daripada kita. Apa akibatnya bila orang tahu no.ISP kita? Pertama, orang boleh baca maklumat dalam PC kita menggunakan program2 tertentu seperti NetBus, HackOrifice, Trojan Horse dan lain2. Kedua, mereka boleh crashkan PC kita (nuke). Ketiga, sebagai hackers, kita buat kerja yang menyebabkan kemarahan orang lain (contoh : tuan-tuan punya site porno). Mereka boleh email ISP kita, dan ISP kita (TMnet atau Jaring) akan berikan amaran kepada kita atau report kepada pihak yang berkuasa. Nasib tak baik, masuk 'paper', muka depan "sergen ditahan kerana menceroboh laman lucah".


Kelemahan Proxy

Proxy boleh melambatkan sedikit capaian internet. Ini kerana maklumat terpaksa melalui proxy, kemudian baru ke site yang dibuka. Begitu juga maklumat site berkenaan terpaksa melalui proxy sebelum sampai kepada kita.'Proxy speed' juga berubah2. Mungkin hari ini laju, esoknya server proxy dah down. Jadi kena rajin tukar proxy kalau kita notice ada perubahan kelajuan, atau susah nak buka sesuatu site.


Bagaimana Untuk dapatkan Senarai Proxy?

Senarai proxy boleh didapati daripada http://www.cyberarmy.com/lists/proxy/ atau 165.84.1.2:8080 bastion.chchpoly.ac.nz 203.97.2.246:8080 httpproxy1.clear.net.nz:8080 203.97.2.247:8080 httpproxy2.clear.net.nz:8080 192.65.90.243:8080 203.29.167.223:8080 cache.pcnet.co.nz:8080 203.2.75.29:8080 netman.mpx.com.au:8080 202.37.169.5:8080 proxy.acnielsen.co.nz:8080 202.37.173.1:8080 net.diocesan.school.nz:8080 203.24.77.246:3128 cache1.picknowl.com.au:3128 203.23.66.1:8080


Setting Up Proxies

Sebagai hackerz/crackerz, kita perlu set up proxies di browser kita DAN di program kita, (HackerTTP, HackOffice2K, Wwwhacker dll.)

i.Setting Proxies in Browser

Kalau pakai Internet Explorer 5, click Tools, Internet Options, pilih menu 'Connection',Settings, click pada kotak 'Use a Proxy Server' dan masukkan no.IP atau nama server (salah satu) beserta no. port. Contoh, boleh guna 165.84.1.2 Port 8080 atau bastion.chchpoly.ac.nzPort 8080.

ii.Setting Proxies in cracking Programs

Tengok pada menu Options, pilih proxy. Kaedah lebih kurang macam kat atas.

No comments: