Tuesday, September 4, 2007

Cookies

Cookies adalah sejenis mekanisme yang direka untuk merekod data asas pelayar internet ke sesuatu tapak web dan disimpan dalam cakera keras pelayar berkenaan untuk digunakan semula di masa depan.

Tujuannya adalah untuk memudahkan proses pengenalan diri seseorang pelayar internet yang berulang ke sesuatu tapak web. Contoh cookies ialah seperti mana yang digunakan oleh Hotmail yang berupaya menyimpan username dan password akaun seseorang berdasarkan komputer yang sering digunakan.

Apakah risiko cookies ini? Risikonya jelas sekiranya anda membiarkan rakan menggunakan komputer anda dan tanpa sengaja beliau melayari Hotmail misalnya, dengan beberapa klik di ruang username, password anda akan secara automatik dimasukkan. Kesannya, rakan anda dapat memasuki akaun hotmail anda dan menetiliti email yang mungkin mengandungi rahsia peribadi anda.

Risiko kedua yang mungkin berlaku ialah sekiranya komputer anda telah dicerobohi dan penceroboh berjaya mendapatkan file cookies anda di c:\windows\cookies\cookies.txt (untuk Windows 95) beliau berupaya mendapatkan akaun-akaun web anda serta rekod aktiviti pelayaran anda sebelum ini untuk tujuan negatif.

Bagi menghindarkan cookie anda boleh mengubah setting pada browser anda seperti langkah berikut:

Internet Explorer 5: Tools -> Internet Option -> Security -> Custom Level -> Cookies -> Disable.
Netscape Communicator 6: Edit -> Preferences -> Advance -> Cookies -> Disable

Bagaimanapun tidak semua tapak web boleh dilayari tanpa cookies. Anda mungkin terpaksa membenarkan cookies disimpan di komputer anda. Untuk itu, anda boleh menggunakan perisian khas di kenali sebagai cookies cutter untuk membuangnya selepas anda selesai berlayar. Antara cookie cutter yang boleh digunakan ialah Cookie Pal, Anti Cookie, Cookie Monster, ScapeGoat, Window Washer, CleanUp dan sebagainya.

No comments: